Wednesday, April 27, 2016

5 cara nak kuat untuk berubah?

Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.

“Susahla nak berubah…..”

“Saya dah cuba, TAPI……”

“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”

“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”

Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut?

Tu persoalannya.

Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum.

Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan.

So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.

Moga kita dapat amal!

1) MELAZIMI TAUBAT.

Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.

Sebab tu kena TAUBAT!

Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat. So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.

Saya ulang:

“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Amacam? Bolehkan?

2) JAGA SOLAT 5 WAKTU

Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun.

Serius, kalau orang tanya saya:

“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”

Saya akan jawab:

“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”

Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:

“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.

Saya dah tulis isu solat ni panjang lebar di SINI. 

Baca jangan tak baca!

3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.

Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik kakinya kea rah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.

Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.

Kata seorang penyair:

“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”

Sahabat ni terbahagi kepada dua.

a) Ada yang mengheret kita ke syurga.
b) Ada juga yang mengheret kita ke neraka!

Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:

“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknta sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Alquran!!”
(Alfurqan ayat 27-29)

Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:

“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”

Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kataImam Alqushairi:

“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niar dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”

So, saya saran, ikutlah USRAH. Kat sekolah, kat universiti. Nak ikut ISMA ke, IKRAM ke, HALUAN ke, TABLIGH ke, PAS ke, Hizbut Tahrir ke, PEMBINA ke, apa-apalah NGO/JEMAAH dakwah dan tarbiah. Baru kau akan jadi kuat! Baca tulisan saya tentang "Nak pilih jemaah ap?" di SINI.

Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik!

Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb. Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.

4) DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI.

Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.

Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.

Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.

Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.

Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.

Ini namanya “memanipulasikan syaitan”. Boleh baca tulisan saya berkenaan betapa BERHASILNYA cara ini di SINI.

5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.

Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…

Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan lagu Justin bieber, one direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!

“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”

Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran. Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.

Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je.  Setiap hari:

Istighfar 100 kali.
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.
Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.

Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!

Sungguh!

And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan maksiat? Berapa kali?

Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:

"Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia..Andai jodoh bla bla bla..."

Apa daaa....Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.

***

So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dalam perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…

“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”
(Arra’du ayat 13)

Sampai bila nak beralasan dan merungut beb?

Wallahua’lam.

— Young Mujahidah.

Wednesday, April 20, 2016

immature vs mature love.

In fact a mature person does not fall in love, he rises in love. The word ’fall’ is not right. Only immature people fall; they stumble and fall down in love.

Somehow they were managing and standing. They cannot manage and they cannot stand – they find a woman and they are gone, they find a man and they are gone.

They were always ready to fall on the ground and to creep. They don’t have the backbone, the spine; they don’t have that integrity to stand alone.

A mature person has the integrity to be alone. And when a mature person gives love, he gives without any strings attached to it: he simply gives.

And when a mature person gives love, he feels grateful that you have accepted his love, not vice versa.

He does not expect you to be thankful for it – no, not at all, he does not even need your thanks. He thanks you for accepting his love.

And when two mature persons are in love, one of the greatest paradoxes of life happens, one of the most beautiful phenomena: they are together and yet tremendously alone; they are together so much so that they are almost one.

But their oneness does not destroy their individuality, in fact, it enhances it: they become more individual.

Two mature persons in love help each other to become more free.

There is no politics involved, no diplomacy, no effort to dominate. How can you dominate the person you love? Just think over it.

Domination is a sort of hatred, anger, enmity.

How can you think of dominating a person you love? You would love to see the person totally free, independent; you will give him more individuality.

That’s why I call it the greatest paradox: they are together so much so that they are almost one, but still in that oneness they are individuals. Their individualities are not effaced – they have become more enhanced. The other has enriched them as far as their freedom is concerned.

Immature people falling in love destroy each other’s freedom, create a bondage, make a prison. Mature persons in love help each other to be free; they help each other to destroy all sorts of bondages.

And when love flows with freedom there is beauty. When love flows with dependence there is ugliness.

Osho.

feelings or choices?

“A lot of people ask me what my biggest fear is, or what scares me most. And I know they expect an answer like heights, or closed spaces, or people dressed like animals, but how do I tell them that when I was 17 I took a class called Relationships For Life and I learned that most people fall out of love for the same reasons they fell in it.

That their lover’s once endearing stubbornness has now become refusal to compromise and their one track mind is now immaturity and their bad habits that you once adored is now money down the drain. Their spontaneity becomes reckless and irresponsible and their feet up on your dash is no longer sexy, just another distraction in your busy life. Nothing saddens and scares me like the thought that I can become ugly to someone who once thought all the stars were in my eyes.

After my teacher introduced us to this theory, she asked us, “is love a feeling? Or is it a choice?” We were all a bunch of teenagers. Naturally we said it was a feeling. She said that if we clung to that belief, we’d never have a lasting relationship of any sort.

She made us interview a dozen adults who were or had been married and we asked them about their marriages and why it lasted or why it failed. At the end, I asked every single person if love was an emotion or a choice.

Everybody said that it was a choice. It was a conscious commitment. It was something you choose to make work every day with a person who has chosen the same thing. They all said that at one point in their marriage, the “feeling of love” had vanished or faded and they weren’t happy. They saidfeelings are always changing and you cannot build something that will last on such a shaky foundation.

The married ones said that when things were bad, they chose to open the communicationchose to identify what broke and how to fix it, and chose to recreate something worth falling in love with.


The divorced ones said they chose to walk away.

Ever since that class, since that project, I never looked at relationships the same way. I understood why arranged marriages were successful. I discovered the difference in feelings and commitments. I’ve never gone for the person who makes my heart flutter or my head spin. I’ve chosen the people who were committed to choosing me, dedicated to finding something to adore even on the ugliest days.

I no longer fear the day someone who swore I was their universe can no longer see the stars in my eyes as long as they still choose to look until they find them again.”

— x.

Friday, March 4, 2016

who wants change and who wants to change?


"Sweden introduces six-hour work day. Employers across the country including retirement homes, hospitals and car centres are implementing the change."

"Malaysia work 2 jobs to cover rising cost of living."

Minggu lepas masa perjalanan pulang dari kerja isteri aku Fazliyana Mohd Ali buka cerita tentang dia dan rakan sekerjanya berkongsi meja dengan ekspatriat Sweden ketika makan tengah hari.

Biasalah, bila dah berkongsi meja masa makan mesti kau akan bersembang sikit. Dan topik yang menjadi pilihan bila kita berborak dengan orang Sweden selain dari Ikea pastilah tentang waktu kerja mereka yang dikhabarkan hanya sebanyak 6 jam sehari.

Kata isteri aku, mamat Sweden itu tak rasa hebat mana pun negara dia amalkan kerja 6 jam sehari. Tapi dia rasa pelik kenapa rakyat Malaysia tahu dan suka sangat tentang hal kerja 6 jam sehari. Bagi dia, tak kisahlah kerja berapa jam sehari tapi yang paling penting ialah kadar produktiviti dan siap atau tidak kerja itu.
Orang Malaysia kerja lebih dari 8 jam sehari, ada yang over time sampai malam tapi produktiviti entah ke mana, kerja tak siap juga,” katanya.
Bila disebut bahawa Malaysia juga hendak jadi seperti Sweden, negara maju dan kerja 6 jam sehari tetapi tidak dapat kerana kerajaan tidak sanggup mengubah polisi, mamat Sweden itu jawab kembali,
The government don’t have to change, but you must change first.
Bila habis isteri aku bercerita, aku pun terfikir ada betulnya juga cakap mamat Sweden itu.
Kita rakyat Malaysia rata-rata sibuk berangan nak jadi macam Sweden. Rumah penuh perabut minimalis Ikea, pakai kereta Volvo yang paling selamat, sarung baju H&M paling hip dan paling kita suka kalau boleh kerja 6 jam sehari.

Tapi Sweden itu berada pada tahap negara maju dan boleh kerja 6 jam sehari kerana perubahan yang bermula dari rakyat ke atas. Produktiviti 6 jam mereka mungkin lebih dari 60 jam kita bekerja. Macam kata mamat Sweden tu, orang Malaysia kerja sampai malam tapi tak siap juga kerjanya. Sebenarnya pilihan memang ada pada kita, untuk buat kerja atau buat-buat ada kerja selama 8 jam sehari yang diperuntukkan.

Dan yang paling menusuk kalbu, ialah ayat dia bahawa kerajaan tak perlu berubah tapi kita (rakyat) yang perlu berubah dulu. Masalah kita di Malaysia ialah bila kita bising kerajaan korup, kita sendiri tidak sedar dalam kehidupan seharian pun kita korup juga.

Di Sweden sana kerana langsung tidak ada tolak ansur dalam korupsi di kalangan rakyat yang menjadikan kerajaan mereka bebas rasuah. Dan idea bagaimana bermulanya kerja 6 jam sehari juga datang dari rakyat Sweden sendiri yang produktif hingga menjadikan kerja 8 jam sehari tidak relevan untuk diamalkan lagi.

Senang cakap, kalau kita berubah dulu, kerajaan juga akan berubah. Mungkin dengan kerajaan insaf dan sedar sendiri, atau mungkin melalui peti undi.

Kesimpulannya, jauh lagi sebenarnya kita hendak menjadi seperti Sweden.

Janganlah bercakap tentang seronoknya kerja 6 jam sehari kalau pergi makan di Ikea atau restorang layan diri kita masih tak reti untuk kemas meja dan pulangkan tray, atau bila membelok dan bertukar lorong kita masih tak reti nak bagi isyarat, atau masih lagi belum mengamalkan kitar semula dan pengasingan sisa buangan secara teliti. Benda asas ini kita kena ubah dulu sebelum boleh bersembang nak kerja 6 jam sehari macam Sweden.

Ini tidak, bila kerajaan cadang buat dua kerja untuk tampung kos sara hidup kita mengamuk bercakap pasal Sweden negara maju kerja 6 jam sehari.

— Lucius Maximus.

failure makes u stronger.


Ini kisah saya.

Orang selalu tanya Fara kenapa kurus? Diet ke? Kenapa makan banyak tapi maintain je kurus bahkan lagi kurus? Saya tak pernah diet or what so ever you call it.

Never...

***

Okaylah saya cerita, I had depression and it was very severe. Dah parah sangat sampai I've lost lots of weight. It started when I was 17 years old waktu saya mula2 gagal dalam hidup. My very first 'failure' but for me I believe it was a reborn.

I lived a life where people have very high expectation on me, like seriously high to the limit that I can no longer bear.

Saya ada matlamat yang besar dalam hidup, sudah plan nak jadi doktor belajar luar negara dan takmau balik Malaysia dah lepas habis belajar. Nak duduk sana je kahwin and live a free life. Tapi mujur dapat hidayah awal, pemikiran bertukar 180 darjah. Pernah jadi model selipar jepun dulu tapi dah bersara sebab suam-suam kuku tak laku haha.

Okay then this happened, saya pernah belajar perubatan di Rusia dan saya berhenti. Waktu tu segalanya seems sangat kelam sebab tetibe saya ada hutang biasiswa yang sangat mahal. Saya rasa macam tercampak hidup di negara yang sangat bebas, that was once I dreamt of. Saya dapat benda tu pada waktu saya dah tak nak tu semua lagi. So it was very hard to survive.

I failed and people talk. I failed again and people keep talking and never stop. Otak tak boleh digest semua benda ni dan saya susah nak adapt.

Saya masih ingat muka-muka yang support saya throughout the journey and of course I remember those who put me into all these :)

Nama saya rosak dan buruk.
Bahkan buruk dan bertambah buruk.
Spread all over.

Saya terpaksa berhadapan dengan keadaan saya difitnah berkali-kali sehinggalah hari ini. Ya saya pernah difitnah banyak kali, no wonder hukuman kepada penfitnah itu sangat berat dalam Islam kerana fitnah itu membunuh maruah dan peribadi seseorang.

Apa kesan fitnah?
It kills...

***

Sejak itu, saya lebih suka tidak dikenali. I chose to be unknown. Hanya orang yang kenal saya, tahu saya macam mana. No pictures online, no info about me, no nothing. I hate to be the center of attention, and never asked for it. Saya sudah hilang keinginan untuk bercantik-cantik, shopping and all as I know that is not the real happiness.

Chanel handbag
Travel satu dunia
Duit berkepuk

That is surely not the definition of happiness.

Kebahagiaan itu adalah apabila kita membahagiakan ibu bapa, menerima diri kita sendiri dan yakin dengan Allah.

We don't need satu juta untuk bahagia.
Kita cuma perlu buat ibu bapa kita tersenyum sebab kita, itu dah namanya bahagia.

***

Kenapa post gambar result dan kenapa share cerita ni? And do you know how I survived this deeply sorrow depression?

Saya berhenti membandingkan hidup saya dengan orang lain. With that, I'm happier.

Saya berhenti menjalani hidup dengan memenuhi expectation orang pada saya tapi hanya menjalani apa yang Allah inginkan. With that, I'm happier.

Saya berhenti judging orang because I know the feeling of being misjudged. With that, I'm happier.

Saya tidak terkesan dengan segala nikmat dan kelebihan orang lain yang ditayang di media sosial, because it's a fake world, we only show the good side of us. With that, I'm happier.

Saya berhenti berfikiran negatif. Cuba melihat segala ada hikmah. With that, I'm happier.

Saya berhenti persoalkan kerja Tuhan. Tidak meletakkan tanda soal bila Allah sudah meletakkan titik. With that, I'm happier.

I've survived this battle and I post this as I know lots of my friends are dealing with depression. Everybody deserve to be happy. People starts to pay attention bila saya mula buat duit?

Jangan rasa bila tak pandai, kamu useless.

Jangan rasa bila tak belajar tinggi, kamu useless.

Jangan rasa bila tak ada banyak duit, kamu useless.

Jangan rasa bila tak cantik, kamu useless.

Tidak ada sesuatu hal yang Allah ciptakan itu useless. Yang rubbish itu pemikiran kamu, bukan dirimu.

Kena jatuh teruk dulu baru ada momentum nak naik ke atas. Biasanya kejatuhan yang amat teruk akan menjadikan seseorang itu sangat berjaya sebab susah nak dipatahkan semangat orang yang dah diuji hebat.

Setakat ujian kecik-kecik dia senyum je.
Kegagalan adalah guru terbaik dan saya bersyukur untuk gagal awal-awal. Ada orang lepas hidup smooth kemudian gagal dalam perkahwinan atau gagal dalam berkeluarga. I think that could be worse. Itu ujian pada orang yang lebih kuat, be strong.

So get up, be brave, be positive and fight.
Remember, only toughest battle for the toughest soldier.

GPA 4.0.


failure is only the oppurtinity to begin again. only this time more wisely.

***

"arghhh..." aku menguap bangun pagi (tidur lepas subuh) sambil membuka ipad untuk check result semester 2 2013/2014. D+ yang aku nampak dahulu, bagaikan A dan B tiada disitu.

terkejut.
kecewa.
terdiam seribu bahasa.

banyak kali refresh web untuk pastikan result itu. namun, apakan daya result yang dipamerkan itu memang result semester tersebut. tetapi atas keimanan dan kewarasan akal, aku cekal dan tabah menghadapinya dan beberapa kali mengingatkan bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan ini.

keinsafan disertakan sujud syukur.
semester baru dengan azam yang baru aku melangkah untuk menebus kegagalan yang lalu.

apa yang silap semester lepas diperbetulkan semester ini.

1. jikalau dahulu, kelas diutamakan dari solat, kini solat diutamakan. Allah diutamakan kerana sesungguhnya kesemua nikmat yang diinginkan datang dari Allah, 'kun fayakun'.

2. 3 solat sunat penambah kejayaan dilakukan setiap pagi; solat tahjud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. buat sikit-sikit, lama-lama jadi habit.

3. solat hajat dan doa dilakukan sebelum, semasa dan selepas supaya tidaklah seperti diperhambakan oleh sistem pendidikan.

4. teknim Bertanya Allah Dahulu (BAD) hasil penulisan Che Insyirah. boleh rujuk teknik BAD. teknik BAD ini sangat berkesan untuk semester kali ini. banyak yang Allah datangkan tanpa diduga. turun berat badan dari 83kg-68kg, pergi ke kemboja, mendapat result yang cemerlang dan lain-lain.

5. ubah cara belajar. jikalau dahulu di PASUM study group dijadikan salah satu strategi, kini aku menggunakannya kembali bersama rakan-rakan seperjuangan kejuruteraan mekanikal yang lain. study group merupakan medium untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit. sharing is caring.

6. fail to plan is plan to fail. kata-kata ini disemat supaya merancang awal. merancang carry mark dan menyiapakn tutorial sebelum study week. peperiksaan bagi subjeck yang lewat akan didahulukan supaya tidak seperti cacing kepanasan di hari sebelum peperiksaan.

— Ahmed Hazman, UM.