Showing posts with label Moments. Show all posts
Showing posts with label Moments. Show all posts

Friday, March 4, 2016

GPA 4.0.


failure is only the oppurtinity to begin again. only this time more wisely.

***

"arghhh..." aku menguap bangun pagi (tidur lepas subuh) sambil membuka ipad untuk check result semester 2 2013/2014. D+ yang aku nampak dahulu, bagaikan A dan B tiada disitu.

terkejut.
kecewa.
terdiam seribu bahasa.

banyak kali refresh web untuk pastikan result itu. namun, apakan daya result yang dipamerkan itu memang result semester tersebut. tetapi atas keimanan dan kewarasan akal, aku cekal dan tabah menghadapinya dan beberapa kali mengingatkan bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan ini.

keinsafan disertakan sujud syukur.
semester baru dengan azam yang baru aku melangkah untuk menebus kegagalan yang lalu.

apa yang silap semester lepas diperbetulkan semester ini.

1. jikalau dahulu, kelas diutamakan dari solat, kini solat diutamakan. Allah diutamakan kerana sesungguhnya kesemua nikmat yang diinginkan datang dari Allah, 'kun fayakun'.

2. 3 solat sunat penambah kejayaan dilakukan setiap pagi; solat tahjud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. buat sikit-sikit, lama-lama jadi habit.

3. solat hajat dan doa dilakukan sebelum, semasa dan selepas supaya tidaklah seperti diperhambakan oleh sistem pendidikan.

4. teknim Bertanya Allah Dahulu (BAD) hasil penulisan Che Insyirah. boleh rujuk teknik BAD. teknik BAD ini sangat berkesan untuk semester kali ini. banyak yang Allah datangkan tanpa diduga. turun berat badan dari 83kg-68kg, pergi ke kemboja, mendapat result yang cemerlang dan lain-lain.

5. ubah cara belajar. jikalau dahulu di PASUM study group dijadikan salah satu strategi, kini aku menggunakannya kembali bersama rakan-rakan seperjuangan kejuruteraan mekanikal yang lain. study group merupakan medium untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit. sharing is caring.

6. fail to plan is plan to fail. kata-kata ini disemat supaya merancang awal. merancang carry mark dan menyiapakn tutorial sebelum study week. peperiksaan bagi subjeck yang lewat akan didahulukan supaya tidak seperti cacing kepanasan di hari sebelum peperiksaan.

— Ahmed Hazman, UM.

Tuesday, March 1, 2016

solat di oversea.


Aku sempat siap exam awal 23 minit sebelum tamat waktu. Maghrib habis lagi 8 minit. Baik aku cpat keluar pergi solat.

Aku bentang jaket sejuk ni dekat atas lantai. Bukak winter boot besar gedabak ni supaya aku dapat sujud dan tahiyyat dengan baik.
Aku pun angkat takbir..

"Allahu akbar."
Ah.. Lega.

Tiba2 semua masalah di dunia ni selesai sebentar. Tenang hati bila dapat bersolat.
Usai solat, aku pun terfikir nak pergi masjid. Sbelum2 ni memang tak pernah pergi hari isnin sbb kelas selalu habis lewat. Harini awal pula, sempat nak ke masjid nih!

Hah, apa lagi? Aku pun lari(literally) mengejar bas. Naik2 bas penuh macam tin sardin pulak dah. Layan ajelah.

Dalam 15 minit gitu aku pun sampai masjid. Lari lintang pukang nak kejar jemaah pukul 7.30pm. Lari punya lari akhirnya sampai.
Hati rasa rindu betul sebab memang jarang solat isyak di masjid kerana kelas malam 6-9pm. Syahdu sebentar dapat rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Hati rasa lain macam tenangnya.

Macam ni lah realiti hidup di negara orang. Mana lah nak dapat masjid merata2. Dapat solat tepi kelas pun aku dah bersyukur. Tu pun terpaksa lah aku selit2 keluar daripada kelas sebab waktu solat hanya pada waktu kelas. Nak merasa jemaah kene ada "bayaran" barulah dapat rasa. Barulah terasa mahal harga solat nih.

Selalu sesuatu tu bila ada depan mata, kita tak bersyukur. Tapi bila dah hilang barulah kita terasa kehilangannya.

Macam tulah aku rasa bila berhijrah dari malaysia ke amerika nih.

Kau yang duduk malaysia tu tolonglah manfaatkan masjid dekat keliling kau tu ya.

---

From facebook source.

Saturday, February 27, 2016

let your past make you better not bitter.


Assalamualaikum bros and siss. Aku student uia, and a sister. First of all, lately aku tengok semua pakat post pasal kisah roomate psiko and some sort of horror and spooky stories so now, aku nk bgtau awal-awal, genre cerita aku bukan jenis yg macam tu. So, kalau korang taknak menyesal, dah boleh lah cari cerita lain.
To be honest, aku nama je student sekolah agama. Pakai je macam acah islamik. Dalam ic memang Islam lah. But, dari segi rohaniah, aku memang fail. Aku selalu kalah dengan nafsu sendiri. Throughout my life, i had never once bersyukur dengan apa yg aku ada and yet, i don't even perform solat seikhlas hati and worst, i oftenly skip solat dengan sengaja. Tapi so far, Allah tak pernah miss tunaikan setiap hajat aku, bagi aku kejayaan dalam study and many more.

Aku bukan lah hotstuff pun, cantik apatah lagi. Tapi, sepanjang hidup aku tak pernah sekali pun aku sunyi tanpa dampingan jejaka. But so far, never once lah aku bersentuhan even just pegang tangan dengan diorang sebab bagi aku, aku tak suka disentuh oleh yg tak layak menyentuh. Aku pernah melukai, meninggalkan dan mempermainkan lelaki dan pernah jugak dilukai, ditinggalkan dan dipermainkan. Banyak lah attitude lelaki yang aku tahu and that is why, interest aku untuk kahwin sekarang makin hilang and so do my trust to guys.

Aku pernah je terjatuh cinta dengan lelaki 'alim' and know what? Fizikal alim dia tu tak menggambarkan ciri sebenar dia di sebalik jubah dan kopiah dia tu. Yes, we end up bercouple sebab dia tetiba confess and kononnya serious nak jadikan aku sebagai isteri bila tiba masa yang sesuai. Dan aku pun tatahu kenapa dengan aku yang bodoh sangat pergi sambut huluran 'cinta' dia. First, aku ingat dia dapat lah ubah diri aku, so that aku lebih kenal Islam and berubah ke arah yang lagi baik. No! Hubungan kami tak sampai setahun pun sbab sbnrnya, aku ni dah lah jenis yang kuat cemburu dan dia pulak, ada satu jenis hobi suka kumpul adik angkat perempuan. And i can't stand it. After we broke up, aku masuk uia.

Alhamdulillah, lepas aku masuk uia, atmosfera dekat sini lain dengan suasana sekolah dulu. Aku dapat kawan-kawan yang amalkan gaya hidup sebagai seorang Islam yang sejati. Ada one time tu, one of my friend ajak aku pergi somewhere katanya nak have fun and aku pun ikut lah. Know what? Dia bawak aku g usrah. Habis usrah tu dia mintak maaf sbb tak jujur pasal 'have fun' dia tu dan aku tak terasa nak marah pun. Instead, aku rasa berterima lasih sangat sebab detik tu, all thoughts about my ex pergi jauh sejauhnya and some kinda peace mula terasa dalam hati. Jujur, aku memang tak boleh langsung nak move on after break up.

Itu permulaan kisah hidup aku berubah. Aku jadi budak usrah, jadi pengunjung setia majlis agama, ikhtilat terjaga sampailah sekali lagi aku diuji. Hadirnya insan bernama lelaki buat kesekian kalinya di dalam hati. Aku cuba tepis tapi most of my friends masa tu mempengaruhi aku untuk menerima dia. Dan aku terima. Kesungguhan dia buat aku terjatuh sekali lagi dalam dunia cinta.

At first, dia macam jarang jugak contact aku kononnya nk elak berhubung untuk perkara yang tak penting. Kononnya nak jaga hati taknak dipengaruhi nafsu. But in the end, dia mula pujuk rayu aku untuk keluar bersama dengan alasan nak study sama dekat library. Mulanya memang kami tidak berdua. Tapi lama kelamaan, dia inginkan privasi hanya berdua. Dan kami kerap luangkan masa bersama jalan di sekitar kuala lumpur berdua. Dan, aku sampai tinggalkan usrah, lupakan tarbiyyah dan kembali kepada kehidupan asal aku yang lalai dulu.

Ada masa, aku bosan dengan life yang macam tu. Aku tahu apa yang aku buat tu salah. Tapi untuk patah balik, aku tak mampu. Ada ketika, hatiku jadi setawar tawarnya terhadap cinta si dia tapi untuk menghentikannya aku tak sampai hati. End up, perasaan tu mula bercambah kembali. Tapi kadang-kadang, hati aku sakit sebab rindukan tarbiyyah. So, sometimes aku rebel. Aku buat hal. Aku nak dia putuskan hubungan kami dan jadikannya halal. Tapi apa yang jadi adalah lebih tragis. Ya, dia memang putuskan hubungan kami atas alasan, cintanya sudahpun beralih arah. Dan aku? Aku pasrah. Tatahu sebenarnya perasaan aku sedih ke, marah ke atau mungkin gembira. Aku pun tak pasti. Cuma aku terasa tertipu sangat sebab penggantiku itu bukan orang lain tetapi kawan aku sendiri. Kawan yang kenalkan aku dengan dunia usrah :')

Lepas kejadian tu, persepsi aku dengan lelaki berubah terus. Usrah? Langsung aku tak pergi dah. Hidup aku makin terasa lifeless. Tapi aku manage untuk move on lepas beberapa bulan. Tapi, still aku dah jarang ikut program ilmiah apatah lagi majlis agama. Study pun aku pandang ringan. Aku buat apa yang aku terasa nk buat and selalunya aku habiskan masa bersama novel. Sebab bagi aku, dunia novel lebih indah dari realiti kehidupan.

Ada satu masa, aku upload satu gambar novel yang kubaca di laman instagram aku. Suddenly, ada komen dari seorng junior yng aku hanya kenali namanya. Katanya, nanti dia pinjamkan buku miliknya sbgai bahan bacaan ku.

Dia kotakan katanya tapi tahu tak buku apa yang dipinjamkan? Semua buku buku ilmiah dan islamik. Tapi ku gagahkan diri membaca setiap helaian. Satu persatu bukunya habis ku baca. Setiap kali aku pulangkan buku, dia akan meminjamkan bukunya yang lain pula. Dan aku terperasankan sesuatu. Setiap kali kami bersemuka, dia pasti mengelak dari bertemu mata dengan ku. Aku admit, something happen to my heart. Something yg tak pernah jadi sebelum ni. But still, i can't figure it out yet. Cuma, lately while reading all those books, sometimes aku menangis mengenangkan kealpaan aku sebagai seorang hamba.
Aku rindukan keluarga usrah ku namun untuk kembali bersama mereka aku malu. Bagikan tahu perasaan rinduku, akak naqibahku dengan tiba-tiba hantar mesej melalui whatsapp bertanya tentang khabarku. Dan dia mengajakku kembali bersama mereka.

Terharu? Sangat!

For now, my life getting better and filled with wonderful moments and am not wishing to lose it all again. Thank you Allah for the chances that you've given to me. Take care of my heart, jangan benarkan hatiku mencintai selain dariMu.

Feel blessed :)

N.A.