Friday, March 4, 2016

GPA 4.0.


failure is only the oppurtinity to begin again. only this time more wisely.

***

"arghhh..." aku menguap bangun pagi (tidur lepas subuh) sambil membuka ipad untuk check result semester 2 2013/2014. D+ yang aku nampak dahulu, bagaikan A dan B tiada disitu.

terkejut.
kecewa.
terdiam seribu bahasa.

banyak kali refresh web untuk pastikan result itu. namun, apakan daya result yang dipamerkan itu memang result semester tersebut. tetapi atas keimanan dan kewarasan akal, aku cekal dan tabah menghadapinya dan beberapa kali mengingatkan bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan ini.

keinsafan disertakan sujud syukur.
semester baru dengan azam yang baru aku melangkah untuk menebus kegagalan yang lalu.

apa yang silap semester lepas diperbetulkan semester ini.

1. jikalau dahulu, kelas diutamakan dari solat, kini solat diutamakan. Allah diutamakan kerana sesungguhnya kesemua nikmat yang diinginkan datang dari Allah, 'kun fayakun'.

2. 3 solat sunat penambah kejayaan dilakukan setiap pagi; solat tahjud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. buat sikit-sikit, lama-lama jadi habit.

3. solat hajat dan doa dilakukan sebelum, semasa dan selepas supaya tidaklah seperti diperhambakan oleh sistem pendidikan.

4. teknim Bertanya Allah Dahulu (BAD) hasil penulisan Che Insyirah. boleh rujuk teknik BAD. teknik BAD ini sangat berkesan untuk semester kali ini. banyak yang Allah datangkan tanpa diduga. turun berat badan dari 83kg-68kg, pergi ke kemboja, mendapat result yang cemerlang dan lain-lain.

5. ubah cara belajar. jikalau dahulu di PASUM study group dijadikan salah satu strategi, kini aku menggunakannya kembali bersama rakan-rakan seperjuangan kejuruteraan mekanikal yang lain. study group merupakan medium untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit. sharing is caring.

6. fail to plan is plan to fail. kata-kata ini disemat supaya merancang awal. merancang carry mark dan menyiapakn tutorial sebelum study week. peperiksaan bagi subjeck yang lewat akan didahulukan supaya tidak seperti cacing kepanasan di hari sebelum peperiksaan.

— Ahmed Hazman, UM.

No comments: