Tuesday, March 1, 2016

solat di oversea.


Aku sempat siap exam awal 23 minit sebelum tamat waktu. Maghrib habis lagi 8 minit. Baik aku cpat keluar pergi solat.

Aku bentang jaket sejuk ni dekat atas lantai. Bukak winter boot besar gedabak ni supaya aku dapat sujud dan tahiyyat dengan baik.
Aku pun angkat takbir..

"Allahu akbar."
Ah.. Lega.

Tiba2 semua masalah di dunia ni selesai sebentar. Tenang hati bila dapat bersolat.
Usai solat, aku pun terfikir nak pergi masjid. Sbelum2 ni memang tak pernah pergi hari isnin sbb kelas selalu habis lewat. Harini awal pula, sempat nak ke masjid nih!

Hah, apa lagi? Aku pun lari(literally) mengejar bas. Naik2 bas penuh macam tin sardin pulak dah. Layan ajelah.

Dalam 15 minit gitu aku pun sampai masjid. Lari lintang pukang nak kejar jemaah pukul 7.30pm. Lari punya lari akhirnya sampai.
Hati rasa rindu betul sebab memang jarang solat isyak di masjid kerana kelas malam 6-9pm. Syahdu sebentar dapat rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Hati rasa lain macam tenangnya.

Macam ni lah realiti hidup di negara orang. Mana lah nak dapat masjid merata2. Dapat solat tepi kelas pun aku dah bersyukur. Tu pun terpaksa lah aku selit2 keluar daripada kelas sebab waktu solat hanya pada waktu kelas. Nak merasa jemaah kene ada "bayaran" barulah dapat rasa. Barulah terasa mahal harga solat nih.

Selalu sesuatu tu bila ada depan mata, kita tak bersyukur. Tapi bila dah hilang barulah kita terasa kehilangannya.

Macam tulah aku rasa bila berhijrah dari malaysia ke amerika nih.

Kau yang duduk malaysia tu tolonglah manfaatkan masjid dekat keliling kau tu ya.

---

From facebook source.

No comments: